Author: mkajunai
| Posted at: Sunday, January 10, 2010 |
Saya sebenarnya tertanya-tanya juga...bila melihat komen tu kosong ja..Saya selalu terpandang perkataan ini di DASHBOARD "need to moderate" heheh bayangkan sekian lama berlalu asyik misi klik ja nuffnang kawan2 semua sampai saya tak perasan perkataan itu heheh..atau memang tak reti BI hahaha...
Makasih kepada komen kawan2..ini membuatkan saya lebih komited..aiseymen macam skemaa ja...
Author: mkajunai
| Posted at: Thursday, November 19, 2009 |
Semoga bahagia bersama suami tersayang...sebenarnya saya tercari2 dimana penat itu..bila direnung penat tu rupa2nya telah disiapkan oleh insan yg bernama cikgu eja...terima kasih tidak terhingga kerana memudahkan tugas2 kami.
Author: mkajunai
| Posted at: Sunday, November 01, 2009 |
Makan malam di Bandar Indah..ada orang belanja..sapa tak nak..
Sampai di Pusat Bandar Sandakan..rehat jap sambil tunggu kawan-kawan lain tiba.
singgah makan di restoran batu 32 sebelum meneruskan perjalanan ke sandakan.
Perjalanan ke Sandakan
Author: mkajunai
| Posted at: Saturday, October 03, 2009 |
Photographer Majlis MTQ
Seksinya bibir..kikikik
Lawatan sosial Tn Dinakan
DJ Siiput, DJ PP, Tn Wady sedang beraksi dalam memantapkan Majlis MTQ
02 Oktober 2009 (Jumaat) Kg. Pinggan-pinggan Pitas, MTQ kali ini menampakkan kelainannya dari segi hiasan pentas di mana pertama kalinya ada tayangan slaid dan P.A systemnya yang berkualiti.
Author: mkajunai
| Posted at: Saturday, October 03, 2009 |
(nenek, ibu mertua, mama dan anak sulung)
02 Oktober 2009 (Jumaat), ibunya telah mendaftarkan anak sulung ini untuk mengikuti MTQ, dengan niat mendapatkan keberkatan dan supaya anak ini tidak mengikuti jejak langkah bapanya yang gemuruh bila berdepan dengan masyarakat. Setidak-tidaknya, berani sikit dari bapanya itu..adeees
Syukur keatasNYA, pertama kali menyertai MTQ menduduki tempat ke 2..
Author: mkajunai
| Posted at: Wednesday, September 23, 2009 |
SULTAN MELAKA DAN ROMBONGANNYA MENGUNJUNGI MAHARAJA CHINA-Tarikh Peristiwa pada 23-09-1419
Pada hari ini dalam tahun 1419, rombongan Sultan Melaka iaitu Megat Iskandar Shah atau Parameswara telah mengunjungi Maharaja China di Peking. Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk memaklumkan Maharaja China tentang pencerobohan dan ancaman Siam ke atas Melaka dengan harapan China dapat memerintahkan Siam memberhentikan tindakan tersebut. Hubungan erat di antara China dan Melaka bermula apabila Parameswara menyambut baik kunjungan Laksamana Yin Ching pada tahun 1403. Sebagai tanda persahabatan, Parameswara telah menghantar utusannya ke China. Sebagai tanda rasmi persahabatan tersebut, Maharaja China telah mengurniakan sebuah cop mohor, pakaian sutera dan sekaki payung kuning kepada Parameswara. Parameswara telah berangkat ke Melaka pertama kalinya pada 1411. Dengan jaminan daripada kerajaan China, Parameswara telah mula menumpukan usaha untuk memajukan Melaka. Namun, dengan perkembangan yang pesat ini, Siam kembali mengancam Melaka. Berikutan itu Parameswara berkunjung sekali lagi pada tahun 1419. Hasil dari lawatan tersebut, China telah mengeluarkan perintahnya dan Siam tidak lagi menceroboh Melaka. Semenjak daripada itu, Melaka semakin berkembang pesat dan menjadi pusat perdagangan yang penting di era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.