klik sini

Klik sini

Kem Motivasi 2009

Pada 25 , 26 hingga 27 Jun 2009 SKKP telah mengadakan Kem Motivasi peringkat sekolah. Program pada kali ini nampaknya boleh dikatakan telah dijayakan oleh semua guru-guru wanita dan staf SKKP juga wanita yang diketuai oleh Pn. Fatimah Binti Silim (PK1) dan Pn. Noraini Binti Atoh Guru Besar SKKP. Adakah ini merupakan satu perubahan atau transformasi?

Namun, guru-guru wanita ini tidak menabik dada malahan berpendapat sebenarnya semua warga Kasagaan yang telah menjayakan aktiviti ini. Pada Malam ke dua pula, warga Sekolah sempat mengadakan BBQ sambil didendangkan lagu oleh En. Hazahar, En. Abdul Said pemilik peralatan karaoke, En. Mohd Khairul dan isteri, Cik mazliana, Pn. Afroha, Pn Guru Besar dan suami En. Abd Said, Ustaz Azimee, Pn. roseminah dan En. Joremin (suami), Pn. Juridah, Pn. Halizah, Pn. Fatimah, Pn. Noor Syaliza, Ustazah Zarifah dan En. Musli Baun Staf keselamatan sekolah.

Semoga detik itu akan menjadi titik mula bagi guru-guru, staf kasagaan serta murid-murid yang terlibat memotivasikan diri dalam apa jua bidang dan kerjaya. Majukan diri sendiri agar dapat mendorong orang dipersekitaran kita untuk menjadi seperti kita.




Adakah ini boleh dikatakan Misteri?


Inilah yang dimaksudkan misteri itu, kita lihat cahaya lilin tersebut seperti melingkari suasana pada malam itu. Nampak terang pada gambar, sedangkan pada malam itu gelap gulita dan hanya diterangi oleh 2 batang lilin sahaja. Mungkin pembaca dapat memberi komen atau panduan dari segi sains atau sesuatu untuk mengurai peristiwa ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photography By: mkajunai.net Copyright © 2010 Blogger Template Sponsored by Trip and Travel Guide