klik sini

Klik sini

SUMBER DARI LENSA ALDUSUNI




MOHD KHIDIR IRHAM ANAK SULUNG

Kehidupanku

Nazrey Live @ Gerai PONet


Berkat usaha beberapa ahli KUSNET, terutamanya Tuan Aldusuni, akhirnya impian membawa Nazrey Johani, bekas penyanyi utama Kumpulan Raihan akhirnya terlaksana. Rata-rata ahli yang sempat bersama-sama di Gerai Ponet pada masa itu menyatakan rasa syukur dengan kehadiran beliau. Bahkan ada juga ahli yang seperti tidak percaya melihat Nazrey di Gerai Ponet. Saudara Nazrey yang ditemankan oleh beberapa orang rakan sempat juga meluangkan masa beramah-mesra dengan beberapa ahli di bilik sembang (chatroom) serta pengunjung di gerai yang juga nampaknya terkejut dengan kehadiran beliau.

Sumber:kulanzsalleh.blogspot.com


Hasil Karya Seorang Guru : Buat Suami Tercinta

Untuk kalian..

Insan yang Bernama Suami

warnai hidup..
batasi hidup..
dengan menyusuri titian yang HAQ!

aku hanya pendamping..
aku hanya penghias hidupmu..
aku bisa menjadi tongkatmu..


meniti hidup ini..
selagi terdaya..
selagi tak reput..

mengikut takdir Ilahi..!



insanNya,
mama @ irnanis.

http://pitasonline.net/index.php?option=com_fireboard&Itemid=69&func=view&catid=76&id=14367

Tahu Tak Siapakah Penyokong Setia Karnival Prasekolah Ini?


Kepimpinan Melalui Teladan, 'Motto' ini sering kedengaran di ceramah-ceramah, syarahan dan pelbagai jenis aktiviti. Namun adakah kita mempratikkannya dalam sistem pentadbiran kita. Pada karnival Sukan Prasekolah yang berlangsung pada 2 Julai 2oo9, nampaknya Motto ini kelihatan padan insan-insan ini. Kelibat mereka sentiasa kelihatan duduk dibangku yang telah disediakan oleh pihak penganjur. sebelum acara bermula lagi mereka sudah sampai untuk memberikan sokongan pada kami selaku AJK dan juga para peserta iaitu murid Prasekolah yang baharu berusia 6 tahun.

Kami tak mahu apa-apa, dengan ucapan terima kasih sudah cukup membuatkan kami terus menyalakan lilin walaupun badai melanda kedengaran di sana-sini. Sesekali cahaya lilin terpadam sudah pasti ada cahaya lilin yang bangkit menganti yang rebah. Banyak cahaya lilin yang tercelar oleh mereka yang sebenarnya bertopengkan dengan cahaya lilin. Kami pasti alam kenal siapa cahaya lilin yang benar dan sejati.

Sokonglah kami insan yang bernama cahaya lilin.

Karnival Sukan Prasekolah Peringkat Daerah Pitas 2009


20 Julai 2009 Khamis, Karnival Sukan Prasekolah yang berlangsung di SK. Pinggan-pinggan Pitas, telah menampilkan bakat-bakat baru khas dalam bidang sukan olahraga. Prasekolah SKKP telah menghantar seramai 11 orang peserta terdiri daripada 5 lelaki dan 6 perempuan yang dipimpin oleh Pn. Jacktah Emy Mary Gipin dan Cik Mazliana Binti Ismail iaitu guru PraSekolah SKKP. Pada karnival kali ini, seorang peserta telah dikesan bakatnya dalam acara lari 50 meter. Siapakah peserta itu. Tengok gambar di atas tu.





Kem Motivasi 2009

Pada 25 , 26 hingga 27 Jun 2009 SKKP telah mengadakan Kem Motivasi peringkat sekolah. Program pada kali ini nampaknya boleh dikatakan telah dijayakan oleh semua guru-guru wanita dan staf SKKP juga wanita yang diketuai oleh Pn. Fatimah Binti Silim (PK1) dan Pn. Noraini Binti Atoh Guru Besar SKKP. Adakah ini merupakan satu perubahan atau transformasi?

Namun, guru-guru wanita ini tidak menabik dada malahan berpendapat sebenarnya semua warga Kasagaan yang telah menjayakan aktiviti ini. Pada Malam ke dua pula, warga Sekolah sempat mengadakan BBQ sambil didendangkan lagu oleh En. Hazahar, En. Abdul Said pemilik peralatan karaoke, En. Mohd Khairul dan isteri, Cik mazliana, Pn. Afroha, Pn Guru Besar dan suami En. Abd Said, Ustaz Azimee, Pn. roseminah dan En. Joremin (suami), Pn. Juridah, Pn. Halizah, Pn. Fatimah, Pn. Noor Syaliza, Ustazah Zarifah dan En. Musli Baun Staf keselamatan sekolah.

Semoga detik itu akan menjadi titik mula bagi guru-guru, staf kasagaan serta murid-murid yang terlibat memotivasikan diri dalam apa jua bidang dan kerjaya. Majukan diri sendiri agar dapat mendorong orang dipersekitaran kita untuk menjadi seperti kita.




Adakah ini boleh dikatakan Misteri?


Inilah yang dimaksudkan misteri itu, kita lihat cahaya lilin tersebut seperti melingkari suasana pada malam itu. Nampak terang pada gambar, sedangkan pada malam itu gelap gulita dan hanya diterangi oleh 2 batang lilin sahaja. Mungkin pembaca dapat memberi komen atau panduan dari segi sains atau sesuatu untuk mengurai peristiwa ini.

Misteri Malam Penghayatan bersamaan Malam Jumaat.

Pada 26 Jun 2009, Jumaat - Misteri yang telah hangat diperkatakan oleh warga SKKP, ketika slot malam penghayatan sedang berlangsung, dengan hanya bercahayakan 2 batang lilin sahaja, suasana ketika itu tenang dan kedengaran tangisan peserta kem motivasi. Salah seorang guru telah mengambil gambar pada malam itu. Dan keesokan hari setelah gambar itu disusun atur untuk tujuan koleksi dan laporan, tiba salah satu gambar pada malam penghayatan itu telah menampakkan satu corak. Corak yang terbentuk amat memeranjatkan guru-guru melihatnya. Misteri ini masih cuba untuk dirungkaikan. Sabar ya

Antara Aktivtiti-aktiviti yang dirancangan

Bahagian peralatan dan teknikal: En Hazahar Hj. Ag. Salleh, En. Siapa tu..eee dan dibantu oleh adik Ali, adik ini mengalahkan guru besarnya....huhhh
Slot Game: Oleh Pn. Noor syaliza Binti Mohd Nassir dan dibantu oleh The Geng.
Slot Ice Breaking: fasilitatornya terdiri daripada Pn. Noor Syaliza Binti Mohd Nasir selaku ketua dan di bantu oleh mereka ini yang sangat prihatin dan dedikasi.

Antara peserta Kem Motivasi yang terlibat pada slot malam penghayatan. Pelajar Tahun 6 2009
Slot malam penghayatan: antara guru-guru yang terlibat pada malam tersebut, dari kiri Guru Besar Pn. Noraini Binti Atoh yg sedang berucap tu, Pn. Halizah Binti Abdul Halim sebelah GB tu adalah ketua fasilitator bagi slot tersebut , Pn. Afroha Binti Mat Kesumin yang sedang termenung gitu dan Ustazah Zarifah Binti Zakaria Guru J.QAF, yang sedang memandang sesuatu, mungkin lilin tersebut, Pn. Noor syaliza Binti Mohd Nasri dan Cik Mazliana Binti Ismail

Inilah wajah-wajah guru-guru yang berjuang untuk kelancaran aktiviti Kem Motivasi SKKP
Slot Sains Oleh En. Hazahar Hj. Ag. Salleh
Slot Matematik Oleh Pn. Roseminah Binti Galib



Kem Motivasi Peringkat SKKP


Lawatan Sosial oleh Tuan Roslan Hj. Ag salleh Penyelia Pelajaran Daerah Pitas bersama Guru Besar SK. Kasagaan Pitas, pada malam hari Jumaat, bersamaan juga pada malam itu satu slot Malam Penghayatan para peserta Kem Motivasi yang dikendalikan oleh Pn Halizah Abdul Halim dan turut di bantu oleh Ustazah Zarifah Zakaria, Pn Afroha Mat Kesumin, dan Cik Mazliana Ismail dan Pn. Noor syaliza Mohd Nassir. Peserta seramai 21 orang tersebut telah menitiskan airmata kekesesalan diri. Pada malam itu juga ada keajiban atau misteri yang cuba dirungkai oleh semua warga SKKP yang sehingga kini masih menjadi tanda tanya.


Aktiviti Ko-Akademik

Adik Chu Yin Ying wakil Public Speaking bagi SKKP di bawah Pimpinan Pn. Noor Syaliza

Adik shazleen Aressa Binti Salleh telah mendapat rangking yang ke 7 daripada 13 orang peserta. Rangking ini telah membuatkan Pn. Guru Besar serta guru pembimbing Pn. Noor Syaliza merasa bangga dan terharu. Pertandingan Spelling ini berpusat di SK. Pinggan-pinggan Pitas.

Choral Speaking ini telah diadakah di SK. Rosob. Peserta SKKP dipimpin oleh Pn. Noor Syalizah Mohd Nassir, dibantu oleh beberapa orang guru SKKP. Walaupun tidak mendapat tempat dalam pertandingan itu, namun sesuatu telah diperolehi oleh peserta pada kali ini, iaitu pengalaman yang akan membangkitkan rasa ingin melawan di atara murid-murid tersebut. Itu sudah pasti

Peserta Bintang RTM SKKP




Peserta Nasyid SKKP

Peserta Nasyid SKKP Pimpinan Ustazah Zarifah binti Zakaria serta Pn. Afroha binti Mat Kesumin

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SKKP

Guru-guru SKKP 2009 dalam nemjayakan aktiviti Hari Guru 2009 Peringkat Sekolah.

MSS SKKP 2009





pada 14 - 15 Januari 2009, kejohanan Olahraga SKKP telah berlangsung, ia dirasmikan oleh Guru Besar SK. Kasagaan Pitas iaitu Pn Noraini Atoh. Kejohanan tersebut berlangsung di padang SKKP. Kejohanan kali ini telah berlatarbelakangkan hujan yang lebat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photography By: mkajunai.net Copyright © 2010 Blogger Template Sponsored by Trip and Travel Guide