klik sini

Klik sini

Perjuangan Kita

Rumah guru di pendalaman nabawan..seronok sebenarnya di pendalaman ni kerana kami pernah merasa suasana ni...happy ja kehidupan..ambil air di sungai, jala ikan sapat, udang galah sungai, petik sayur lembiding, rebung pernah tu kami tunggu mangga wani jatuh, yg seronoknya mangga tu jatuh bukan oleh sapa2 tetapi oleh kelawar yg besar tu hihih, pernah tidur di hutan yg di huni oleh samseng geng nyamuk dan cengkerik, seronokkkkk...rindu dengan suasana itu..

waktu petang bermain bola, waktu malam menyuluh, pernah belajar silat lagi..hiihi..silat gayung kuning ja..masa tu kami tertanya2 juga ada juga kah yg mahu main bola ni..jam ketika tu menunjukkan jam 4 petang..nahhh terkejut kami mereka2 ni muncul setiap sudut padang sekolah tu..sudut kiri, kanan belakang depan padang sekolah tu..

satu hari kami telah merancang untuk membuat perlawanan persahabatan bola sepak dengan kampung jiran, berjalan kaki hampir setengah jam lebih2 sikit..sampai di sana kami terasa semua mata memerhati dengan penuh persahabatan..maklum ja la sigu kunun hihihi..biasalah kami ketika tu bujangan lagi hehehe...mata tu meliar kesetiap sudut kampung mana tahu ada yg kena..hahaha..

perlawanan pun bermula..dan diringkaskan cerita..tercetus sedikit bergaduhan ketika tu..kawan kami dikorodok habis oleh salah seorang pemain kg jiran..tapi kami buat tak kisah ja..matlamat kami yg penting seronok..namun seorang kawan kami telah hilang sabarnya lalu tercetuslah pergaduhan..wahhh, gaduh bukan kg2 oohh..gaduh dengan gerak langkah silat lagi..huhh hebat.. bukan main terkejut seorang kawan kami tu..dia terus lari ketepi padang melihat kawan2 lain menenangkan suasana...kamurang mahu tahu..di sekeliling padang tu siap pegang parang lagi hahaha...ni kali la...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photography By: mkajunai.net Copyright © 2010 Blogger Template Sponsored by Trip and Travel Guide