klik sini

Klik sini

Hasil Karya Seorang Guru : Buat Suami Tercinta

Untuk kalian..

Insan yang Bernama Suami

warnai hidup..
batasi hidup..
dengan menyusuri titian yang HAQ!

aku hanya pendamping..
aku hanya penghias hidupmu..
aku bisa menjadi tongkatmu..


meniti hidup ini..
selagi terdaya..
selagi tak reput..

mengikut takdir Ilahi..!



insanNya,
mama @ irnanis.

http://pitasonline.net/index.php?option=com_fireboard&Itemid=69&func=view&catid=76&id=14367

Tahu Tak Siapakah Penyokong Setia Karnival Prasekolah Ini?


Kepimpinan Melalui Teladan, 'Motto' ini sering kedengaran di ceramah-ceramah, syarahan dan pelbagai jenis aktiviti. Namun adakah kita mempratikkannya dalam sistem pentadbiran kita. Pada karnival Sukan Prasekolah yang berlangsung pada 2 Julai 2oo9, nampaknya Motto ini kelihatan padan insan-insan ini. Kelibat mereka sentiasa kelihatan duduk dibangku yang telah disediakan oleh pihak penganjur. sebelum acara bermula lagi mereka sudah sampai untuk memberikan sokongan pada kami selaku AJK dan juga para peserta iaitu murid Prasekolah yang baharu berusia 6 tahun.

Kami tak mahu apa-apa, dengan ucapan terima kasih sudah cukup membuatkan kami terus menyalakan lilin walaupun badai melanda kedengaran di sana-sini. Sesekali cahaya lilin terpadam sudah pasti ada cahaya lilin yang bangkit menganti yang rebah. Banyak cahaya lilin yang tercelar oleh mereka yang sebenarnya bertopengkan dengan cahaya lilin. Kami pasti alam kenal siapa cahaya lilin yang benar dan sejati.

Sokonglah kami insan yang bernama cahaya lilin.

Karnival Sukan Prasekolah Peringkat Daerah Pitas 2009


20 Julai 2009 Khamis, Karnival Sukan Prasekolah yang berlangsung di SK. Pinggan-pinggan Pitas, telah menampilkan bakat-bakat baru khas dalam bidang sukan olahraga. Prasekolah SKKP telah menghantar seramai 11 orang peserta terdiri daripada 5 lelaki dan 6 perempuan yang dipimpin oleh Pn. Jacktah Emy Mary Gipin dan Cik Mazliana Binti Ismail iaitu guru PraSekolah SKKP. Pada karnival kali ini, seorang peserta telah dikesan bakatnya dalam acara lari 50 meter. Siapakah peserta itu. Tengok gambar di atas tu.





Kem Motivasi 2009

Pada 25 , 26 hingga 27 Jun 2009 SKKP telah mengadakan Kem Motivasi peringkat sekolah. Program pada kali ini nampaknya boleh dikatakan telah dijayakan oleh semua guru-guru wanita dan staf SKKP juga wanita yang diketuai oleh Pn. Fatimah Binti Silim (PK1) dan Pn. Noraini Binti Atoh Guru Besar SKKP. Adakah ini merupakan satu perubahan atau transformasi?

Namun, guru-guru wanita ini tidak menabik dada malahan berpendapat sebenarnya semua warga Kasagaan yang telah menjayakan aktiviti ini. Pada Malam ke dua pula, warga Sekolah sempat mengadakan BBQ sambil didendangkan lagu oleh En. Hazahar, En. Abdul Said pemilik peralatan karaoke, En. Mohd Khairul dan isteri, Cik mazliana, Pn. Afroha, Pn Guru Besar dan suami En. Abd Said, Ustaz Azimee, Pn. roseminah dan En. Joremin (suami), Pn. Juridah, Pn. Halizah, Pn. Fatimah, Pn. Noor Syaliza, Ustazah Zarifah dan En. Musli Baun Staf keselamatan sekolah.

Semoga detik itu akan menjadi titik mula bagi guru-guru, staf kasagaan serta murid-murid yang terlibat memotivasikan diri dalam apa jua bidang dan kerjaya. Majukan diri sendiri agar dapat mendorong orang dipersekitaran kita untuk menjadi seperti kita.




Adakah ini boleh dikatakan Misteri?


Inilah yang dimaksudkan misteri itu, kita lihat cahaya lilin tersebut seperti melingkari suasana pada malam itu. Nampak terang pada gambar, sedangkan pada malam itu gelap gulita dan hanya diterangi oleh 2 batang lilin sahaja. Mungkin pembaca dapat memberi komen atau panduan dari segi sains atau sesuatu untuk mengurai peristiwa ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tags

Total Pageviews

Perjalanan Ini. Powered by Blogger.
Photography By: mkajunai.net Copyright © 2010 Blogger Template Sponsored by Trip and Travel Guide